…
Dari hari ke hari, terlalu banyak yang terkumpul di dalam benak aku, aku harus zahirkan di sini.
Dan di sini aku zahirkan.
…
Bila bercerita atau berbicara tentang basikal, kita biasanya akan membayangkan tentang satu sukan yang memerlukan kekuatan fizikal atau ketahanan mental yang sangat tinggi yang hanya mampu dicapai oleh athlit-athlit yang terlatih dan terpilih sahaja.
Sebenarnya, basikal itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri yang sangat unik.
Sukan atau disiplin berbasikal itu hanyalah satu cabang yang 'extreme' dari falsafah itu sendiri.
Saya sendiri kembali berbasikal atas sifat mahu kembali ke zaman yang pernah menjadi zaman keriangan dalam hidup saya. Zaman kanak-kanak saya.
Orang kata; 'there's a boy in every man...'
Selain, saya perlukan sesuatu untuk fokus dalam kehidupan. Saya sudah melangkau usia empat puluh.
Mungkin ini, seperti kata sahabat saya; a mid-life crisis. Entah.Apapun, saya sukakan aturan ini dalam hidup saya sekarang. A ride of my life. A journey to the unknown.
Saya sebenarnya suka melihat aktiviti berbasikal ini dari sudut semangat, keazaman dan kesungguhannya.
Kecekalan untuk meneruskan kayuhan walaupun tubuh sudah menyerah kepada keletihan, kelesuan dan tiada upayaan.
…kerana jika kita bermula di titik A dan seharusnya tamat di titik B, tiada kompromi. Kita harus tiba di titik B walau berapa lama masa. Sebab, walau apa yang berlaku; kita mesti pulang.
Itu pun satu falsafah kehidupan. Kita tetap akan pulang.
Seperti juga kata Einstein; hidup ini perlukan keseimbangan. Untuk mendapatkan keseimbangan itu; kita harus terus berkayuh ke hadapan. 'Life is about balance'. Dunia dan akhirat.
Berbasikal juga mengajar saya tentang bagaimana kita harus melihat kehidupan itu sendiri, bagaimana kita hendak menyelesaikan dugaan, cabaran dan ujian dari masa ke semasa.
Hidup tidak ada jalan yang landai sepanjang masa. Seperti berbasikal; ada bukit yang harus kita daki. Ada jurang, lembah dan lurah yang harus kita turuni. Sebagai pengayuh basikal jenis MTB atau 'mountain bike', saya harus pandai bermain dengan 'gear'. Harus pandai mengawal kudrat yang ada. Menaiki bukit dengan gear tinggi dan mengayuh rentak biasa, cuma lajunya akan berbeza. Akhirnya, kita akan tetap tiba di kemuncaknya. Biarlah orang lebih gagah memintas, dia ada kudrat tapi kita tetap tiba di puncak yang sama. Kita mungkin memintas orang yang lebih perlahan tapi harus kita ingat, dia pun akan tiba juga. Tiada beza. Tiada kehebatan kita lebih dari orang lain. Jangan sesekali lupa yang Tuhan juga yang maha berkuasa.
Biar perlahan asalkan jangan berhenti. Akan tiba juga nanti ke destinasi.
Berbasikal juga akan memupuk semangat melawan yang kental.
Lance Armstrong, juara 7 kali Le Tour de France melawan kanser dengan cara terus meneruskan kayuhan dan pinggirkan kesakitan itu. Hidup mesti kuat. Livestrong.
Saya juga sakit, bila kelesuan datang, saya menjadi tidak stabil. Rasa takut dan serangan kebimbangan (anxiety attack) akan menguasai diri. Anehnya; bila saya mula berkayuh, semua rasa itu hilang. Semua dipinggirkan. Saya merasakan ketenangan.
Tenang dan damai apabila melihat kejadian ciptaan Tuhan, matahari yang mengufuk, pokok-pokok yang rendang, angin yang semilir perlahan.
Semua itu menjadi sangat indah jika kita berkayuh perlahan-lahan. Memerhatikan. Kadang-kadang ketika berhenti seketika mengambil nafas dan dunia seakan-akan turut sama berputar mengikut rentak kita.
'The art of going slow'.
Kata seorang teman; “when we live our life at a slower pace, then we start to notice small2 things that normally we don't even bother at all…”
Kalau anda membawa kereta dengan kelajuan 120 km/j. Terlalu banyak yang anda terlepas pandang di sekeliling sepanjang perjalanan. Kalau anda mengayuh basikal dalam kelajuan 20 km/j, terlalu banyak benda disekeliling anda yang cukup menarik untuk dipandang dan difikirkan.
Basikal itu sendiri adalah satu ciptaan manusia untuk keriangan sambil melihat keagungan ciptaan Tuhan




4 comments:
entri ni buat saya sangat nak berbasikal.. yang dah terlalu lama ditinggalkan..
Anonymous..kenapa tidak?
~po
beskal blom beli. :-|
tetiba rasa nk berbasikal...
Post a Comment