Tuesday, March 22, 2011

eulogy national rx compo.

Akhir-akhir tahun tujuh puluhan, aku pun lupa darjah berapa tapi aku ketika itu masih kecil lagi, mungkin darjah satu atau dua.

Mungkin darjah tiga, empat atau lima.

Entahlah labu.

Yang aku masih ingat, kami adik-beradik pergi ke satu tapak pesta yang juga aku lupa apa pestanya. Pesta Pantai mungkin atau ekspo mungkin.Lupakan.

Dan Abang aku yang cikgu itu telah membeli satu set pemain kaset dari jenama National berbentuk ‘deck’. Maksudnya; ada dek pemain kaset dan radio dan dua buah pembesar suara bersaiz besar. Ketika itu, belum wujud ‘mini-compo’. Ketika itu juga adalah ‘musim’ peralihan daripada pemain kaset dari bentuk ‘catridge’ kepada jenis kaset yang lebih kecil.

Daripada pemain kaset itulah aku membesar.

Aku dibuai lagu-lagu Alleycats, ABBA, Beatles, Emmilia Contessa, Titiek Puspha, Jamal Mirdad, Bee Gees, Rod Steward, Kembara, Jamal Abdillah dan lain-lain yang seangkatan.

Sekitar tahun lapan puluhan, usia meniti remaja di sekolah menengah, ketika jiwa asyik memberontak, ketika hati sudah pandai memikat, ketika sekolah mengadakan perkhemahan, aku meminjam pemain kaset kakak aku dari jenis Toshiba Bombeat dan memainkan lagu-lagu Alleycats di kala awek lalu lalang.(Toshiba bombeat ketika itu adalah sangat 'hip'! semasa breakdance mula-mula menular ke urat dan tulang).

Sampaikanlahhh salammm cintakuuu padanyaaa….

Sekali-sekala memainkan juga lagu-lagu Allahyarham Sudirman.

Tercalarrrrr mimpi semalammmm....:)

Ketika itu, kualiti bunyi bukanlah sesuatu yang menjadi tumpuan. Asal bunyi lagu, sudah.Yang penting lirik dan melodi.

Di sekolah, bertukar-tukar kaset itu adalah sesuatu yang menjadi lumrah. Sangat lumrah asalkan tidak diselongkar oleh Pengawas atau Cikgu Disiplin (yang akan merampas kaset dan menyimpannya untuk mereka dengar sendiri di dalam bilik disiplin).

Ketika itu, Rock belum sampai lagi.

Paling rancak pun kumpulan Headwind.

Kita serupaaa….:)

Ketika waktu-waktu itu juga aku berjaya meminta duit che’ untuk aku beli pemain kaset berkembar (double cassette deck) bersaiz kecil bewarna putih. Seken hand. Ketika itu ‘mini-compo’ adalah satu budaya. Satu ikutan. Satu impian. Belum mampu di gapai tangan.

…dan ketika-ketika itu jugalah aku menjadi seorang penggubah lagu yang serius! Ya, aku membuat ‘dubbing’ atau menyalin semula lagu-lagu terpilih ke dalam kaset kosong. Penggubah lagu la tu..masa tu mana ada album kompilasi lagi. Kalau ada pun lagu-lagu kompilasi 60an yang tiba-tiba aje menjadi sensasi. Jefridin, S. Jibeng, A Rahman Hassan…

Korang ingat lagi masa ‘comeback’ lagu-lagu 60an tu? Ntah hapa-hapa kan? (aku pun demam pop yeh yeh..he he he)

Alangkah sedihnyaaa...aaaaa..hatiku. parap! parap!
Bila habis sekolah, aku buat macam-macam kerja dan bila masuk U, duit simpanan aku masih bersisa.

Di tahun pertama masuk U, yuran dah bayar, duduk pulak dalam asrama, motor belum bawak, baju beli ‘bundle’…apa lagi yang hebat?

Beli mini-compo.

Bukan macam sekarang, nak beli handphone, laptop, mp3 player, portable DVD player bagai…yang canggih-canggih.

Dulu, sangat mudah dan ringkas.

A good mini-compo is a dream.

Di setiap bilik di kolej, boleh dikatakan semua memiliki mini-compo. Ada yang hebat, ada yang sekadar berbunyi. Ada yang tak ada langsung. Yang itu, geng surau. he he

Aku beli National RX-C53D dengan pembesar suara AFD dan Auto-Reverse. Oh ya..XBS lagi (extra bass sound). Ianya sangat gempak gila.


In 1989, what more can you dream?

Ianya kecil, bergaya, lincah, bunyi tweeter yang halus dan bunyi bass yang sangat sedap. Seketul-seketul merdu bunyinya. Mudah di bawa ke mana-mana sahaja. Naik bas ekspress balik kampong sambil menjinjit mini-compo tersebut seolah-olah semua mata awek memandang kita dengan penuh teruja. He he he.

Betul, aku tak tipu. :)

Empat tahun aku di U, dialah peneman setia. Menyanyikan lagu-lagu gembira,banyak lagu putus cinta, beberapa lagu mencari cinta dan lagu-lagu yang menjadi santapan halwa telinga. Tidak pernah gagal untuk melayan mood aku dengan sebaiknya.

Bila aku mula bekerja dan selepas itu berkahwin, aku membeli pemain CD dan pembesar suara yang besar untuk di letakkan di ruang tamu. Boleh memainkan VCD sekaligus. Mini Compo itu aku letakkan di dalam bilik untuk sekadar memainkan radio.

Apabila lama, ia mula mengikuti fitrah dunia. Mula-mula, ‘auto-reverse’nya rosak. Selepas itu, pemain kasetnya rosak tetapi fungsi selainnya masih elok dan berbakti.

Kaset pun bertukar CD.
VCD bertukar DVD.
CD lagi bertukar MP3
Mini compo bertukar kepada telefon bimbit (betapa teknologi mengubah budaya).

National RX-C53D auto-reverse,speaker AFD,XBS hanya di buka untuk mendengar azan di bulan Ramadhan.

Kemudiannya ia bermaustatin di bilik tamu dan jarang dijamah oleh sesiapa.

Bertahun-tahun.

Dua malam yang lepas, aku cuba menghidupkannya dari lena yang panjang. Aku tekan suis. Tak nyala.

Langsung diam.

Tiada suara.Sunyi dan sepi.

Kaku tak bernyawa.

He he he

Terlebih-lebih la pulak melankoliknya.

Lalu, aku angkat dari bilik tamu dengan segala memori yang aku ada dengannya. Sedetik demi sedetik terbayang.Lagu-lagu kembali berputar. Bunyi-bunyi yang malar segar.

Sementara ini aku letakkan di bilik stor sebelum orang rumah aku bising bilik stor yang sudah menjadi sendat dengan segala alat. Nanti. Aku buanglah ia.

Rest in peace my dear mini-compo.


National RX-C53D dengan pembesar suara AFD dan Auto-Reverse serta XBS lagi.
1989-2011.

u'll be missed.
~po.

3 comments:

DeLinn said...

kita bakor! kita bakor! hehehe

i saw jamal abdillah there!. itu je yg aku kisahkan. :-)

MA said...

Eh Po cakap pasal jinjing minicompo - aku balik JB tgk ramai mat indon jinjing minicompo naik bot balik batam..hehe

I had one mini compo while in college too...now ntah mana perginya - boleh buat tukun kat laut...

Angah said...
This comment has been removed by a blog administrator.