Monday, March 28, 2011

ajis...hidup ini satu perjuangan.

...

Setelah hampir 24 tahun aku meninggalkan Tingkatan Lima, Sekolah Menengah.

Pagi tadi, aku menerima sebuah/sepucuk/selembar sms?

Dari Ajis.

Terakhir bertemu mata dengannya adalah semasa peperiksaan SPM atau mungkin ketika mengambil keputusan SPM di sekolah.Selepas itu tidak lagi.

Ajis, budak baik yang jarang bercakap dan mempunyai hobi menghafal Jadual Berkala di kulit belakang buku Kimia. Sehabis sekolah dia menyambung pelajaran di Universiti tempatan dalam jurusan Kejuruteraan Kimia dan kemudiannya memulakan karier di ibu kota sebelum kembali berkhidmat di kampung halaman sebulan yang lalu.

"tuan..bila nak belanja makan?" ringkas sms Ajis. Seringkas tuannya. Seringkas ingatan aku kepadanya.

Short and simple.

Kami berbalas-balas sms ringkas untuk aku menjemputnya di pondok jaga wisma kerajaan. Dia menunggu aku di dalam hujan dengan payung merah milik Jabatan. Masih dengan penampilan serba ringkas.

Melangkah masuk dia ke dalam kereta aku. Soalan dia yang pertama.

"mung kaya doh?" (kau dah kaya?).

Aku jawap; kaya itu subjektif Jis...

...and it simply ends there.

Kami ke gerai nasi dagang Warisan. Nasi dagang dan telur ayam kampung separuh masak dengan madu lebah tualang. Teh tarik gelas besar.

Hujan masih renyai-renyai.

Kami mula bercerita tentang diri masing-masing.

Aku kata..'Jis, doh 24 tahun kita dok temmung..'

Dia menafikan. Kata Ajis, ada pernah sekali selepas SPM kami bertemu di stesen minyak ketika aku mengisi angin tayar motorsikal.

Aku lupa. Sungguh.

Tapi..aku percaya pada Ajis. Orang yang menghafal Jadual Berkala pada muka belakang Buku Kimia tak mungkin akan lupa perkara-perkara sebegitu.

Ajis kata...semasa bertemu itu; aku kata padanya.

"jis..hidup ini satu perjuangan...."

Aku terkedu.

Sungguh.

Aku tanya Ajis...

Aku kata gitu Jis? sungguh?

Ajis hanya senyum ringkas dalam ringkas penampilan, ringkas perbualan. Seperti dia, Abdul Aziz.

A simple guy.

Selepas aku menghantarnya pulang ke pejabat dia dan aku kembali ke pejabat aku...aku melihat pada tingkap di belakang meja kerja aku hingga jauh ke hujung bukit Grammar yang dilitupi kabus dan rintik-rintik hujan.

hidup ini satu perjuangan Jis.

satu perjuangan...

as simple as that.
~po.

1 comment:

Radhi Dahlan said...

betul... saya sangat setuju.
macam Jun Sang cakap
Life is A Constant Decision Making. Hahahahaah