|

Thursday, October 01, 2009

Halo - Satu Fenomena.

...

Merehatkan diri sambil melihat berita di tv malam tadi.

-Taufan Ketsana di Filipina. Beranjak ke Vietnam. Membawa khabar duka yang amat malang.

-Tsunami di Samoa. Puing-puing berserakan di jalanan. Khabarnya lebih seratus terkorban.

-Gempa di Padang, Indonesia.Gegarnya amat menakutkan.Terasa hingga ke tanah kita.

-Ibu dua anak mengaku tidak bersalah berkhalwat dalam bilik hotel jam 5.30 pagi bersama lelaki bukan muhrim dan bukan Islam.Di tuduh sambil dihadiri oleh suaminya sendiri.

Aku mengetuk-ngetuk 'remote' Tv dan cuba untuk memahami apa yang Tuhan mahu tunjukkan.

Nyata, gambar ibu dua anak yang melarikan diri sambil menutup muka mengelak dia di rakam lensa wartawan lebih mendalam kesannya.

Ketika orang lain di serata dunia berlari menyelamatkan nyawa, dia berlari menutup malunya.

Jam sepuluh suku malam. Tatkala aku sedang mengambil wudhu' untuk Isya' yang lewat. Telefon tangan bernyanyi. Aku biarkan.

Usai solat, memanggil semula kawan yang 'missed call'.

'ko dah tido?' tanyanya.

'belum..' jawap aku.

'Cuba ko keluar rumah sekejap' katanya lagi.

'buat apa? ko ada kat luar ke?' aku tanya.

'keluar ajelah!' katanya.

Aku keluar sambil mengikut arahan dia.Dongak ke langit juga mengikut suruhan dia.

Aku lihat ini...



...

SubhanaAllah.

Ada lingkaran mengelilingi bulan malam tadi. Langit terang dan tiada gumpalan awan. Bagaikan kabus meminggiri lunar dan tidak menginjak bulatan.

Maha suci Mu, Tuhan.

Anak-anak sibuk bertanyakan soalan.

'kenapa jadi begitu Bah?' tanya mereka.

Ini adalah kejadian Tuhan dan kali ini kita tak perlu berlari. Kita cuma berdiri di sini dan lihat apa yang Tuhan mahu kita saksikan.

KebesaranNya.

Aku istighfar dalam tidur.
Minta dijauhkan dari sebarang bala dan malapetaka dunia.

~Po.

6 Comments:

Blogger Amy Z! said...

gegar tu terasa di rumah saya di tingkat 8 di skudai ini.

astaghfirullah hal azmim. di m'sia ni mcm-mcm sgt dosa. takut sgt. mungkinkah kita ini di-istirajkan Allah? :(

Subhanallah~ tak sempat tengok gambar bulan tu. Allah hu akbar.

10:03 AM  
Blogger aliasofiya said...

SubhanaAllah..besarnya kuasa tuhan.

Dunia dah akhir zaman..krn itu byk penyakit dan musibah yg melanda.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari ...

10:09 AM  
Blogger Radhi Dahlan said...

Aku rasa jugak gegaran kat umah aku tingkat 20 kat PJ nie, agak kuat jugak...

... tapi yang pasti semuanya ada yang Allah nak tunjukkan...
dan hanya orang yang terpilih sahaja yang merasa dan mengetahuinya...

10:34 AM  
Blogger frappe_crush said...

Halo <- aku ingatkan hang letak tajuk lagu beyonce..kekekek..Selamat po!!

2:34 PM  
Anonymous Anonymous said...

'Apa..laki ko tak cukup power ke sampai kena cari lelaki dari bangsa lain nak dikhalwatkan? hah?'

maaf ya,tapi saya rasa ayat ni ada bau perkauman.lagi pun kalau lelaki tu bangsa melayu pun Allah tetap charge dosa zina juga kan..hehe

selamat hari raya en po

11:04 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam

Po,

Ke mana gerangannya menghilang?


Water Lily

5:11 PM  

Post a Comment

<< Home

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com