Monday, March 02, 2009

Tali Temali Belakang


...

Suatu hari.

Aku memandu.Isteri di sisi kiri. Fiq dan kakak telah kami hantarkan ke pusat tuisyen.

Adik seorang diri. Di belakang.

Tiba-tiba aku terasa budak kecik itu berada ditengah-tengah kerusi antara aku dengan isteri.

Aku pun separa menjerit. "Adik tak pakai seatbelt!"

"pakaiiii..." jerit adik kembali.

Aku hulurkan tangan kiri...meraba-raba perut adik.Merasakan memang ada tali pinggang keledar tempat duduk tengah di perutnya.

Adik panjangkan tali itu sampai dia boleh bertenggek antara kerusi kami!

....patutlah dia cakap kepada guru-guru tadikanya bahawa cita-citanya untuk menjadi peguam!

Sudah pandai mencari ruang dalam undang-undang ciptaan.

*gambar di atas hanyalah hiasan dan jadikanlah pedoman.

~po.

3 comments:

Radhi Dahlan said...

Bapak borek, anak rintik! Ekekekek... dimana tidak tumpahnya kuah kalo tak pinggan nasi aku! Kih...kih...

Anonymous said...

tak tau la didi..its a jungle out here.

Kampong_Boy said...

that's a good one Po... Mentang-mentang la dia lawyer... encourage anak jadi lawyer jugak ke???