Thursday, March 19, 2009

Awak Nak Pegang Tangan?

...

Kelmarin, minum pagi dengan seorang teman.

Entah apa isu yang kami bualkan, tak ingat. Banyak sangat.

Tapi; tiba-tiba keluar cerita tentang zaman bercinta teman yang tadi dengan awek merangkap isteri dan ibu kepada dua anaknya.

Mereka berdua sedang 'dating' berdua di kedai makan. Semasa itu, belum ada ikatan.

Aweknya bertanya ;

"awak nak pegang tangan saya?"

Teman aku tercengang. Ini soalan perangkap ke ni?

Jawab salah tak jawab salah le ni.

Awek dia bertanya lagi.

"Awak tak mahu pegang tangan saya langsung ke?"

Akhirnya; kawan aku mengalah.

...dan aweknya terus menyeluk bag dan mengeluarkan sebelah tangannya.

"awak, kalau rasa rindu, peganglah tangan saya.."



~po.

3 comments:

Amyz! said...

Hahaha. Comel tangan tu~

K i a H R o N g G e n G said...

sweettttt....

Radhi Dahlan said...

Suka!!! Erk!!! Tangan?!