
Hujan November
Kala aku melihat ke dalam matamu
terlihat kasih yang terikat
tapi sayang, bila aku memeluk tubuhmu
aku mahu kau tahu yang aku juga begitu
Kerana tiada yang kekal selamanya
dan kita berdua sedar yang hati tidak akan selamanya sama
dan nyata sukar memegang lilin nyala
dalam dingin hujan November
Kita telah lalui semua ini dalam waktu terpanjang
hanya untuk membunuh kesakitan
kasih datang dan kasih selalu pergi
dan tak siapa yang pasti hari ini
siapa yang akan terlepas genggaman
lalu berlalu pergi
Sekiranya kita mampu mencuri sedikit masa
dan hamparkannya di atas garisan
aku mungkin mampu melepaskan resah
hanya mengetahui yang kamu adalah milikku
hanya untukku
Jika kau masih mahukan cintaku
sayang, janganlah menjauh
atau aku mungkin akan berjalan sendiri
di dalam dingin hujan November ini
Adakah kau perlukan waktu..untuk dirimu
adakah kau perlukan waktu..bersendiri lagi
kita semua perlukan masa
masing-masing tahu
tidakkah kau tahu yang kau perlukan waktu
..sendirian
aku tahu sukarnya untuk membuka pintu hatimu
bila teman pun seakan menjadi ancaman buatmu
tapi jika kau mampu sembuhkan kelukaan hatimu itu
waktu akan datang untuk menemanimu selalu
Kala segala resah menjadi sirna
bayang-bayang itu tetap akan di situ
aku tahu
kau mampu memberikan cintamu
bila sudah tiada siapa yang mampu kau salahkan
jadi, pedulikanlah kegelapan
kita masih mampu menyuluh jalan
kerana tiada apa yang kekal selamanya
walau dingin hujan November
Lirik lagu 'November Rain' - alihbahasa Melayu
Guns & Roses (Senjata dan bunga-bunga ros)
~Po.
8 comments:
Soo sweet. I like it. Ternyata dalam bahasa kita ianya lebih indah dan romantis :)
*nangis*
jangan tinggalkan aku dalam dingin hujan november~
love it!
tiba-tiba lagu ini menjadi popular di kalangan blogger. Lantas saya mencarinya di YouTube.com
w.lily.
datangnya dari blog anda inspirasi ini.
amyz.
dingin hujan november...:)
anne.
thanks.
amiene..
dulu, killer song nih. menitik air mata.
va..va..va....
Ahkak limah.
lagu best~
slash punya solo memang emo dalam lagu nih!
Post a Comment