Sunday, November 02, 2008

Agra, India. It was nice....

...

Aku sudah lama menghafal jalan cerita Shah Jehan dengan salah seorang isterinya yang paling beliau sayangi iaitu Mumtaz.

Atas dasar kasih yang menebal, sebuah makam di tebing sungai telah di bina dan di bangunkan dari batu merah yang kemudiannya dilapisi dengan marmar putih.Binaannya di buat dengan penuh kesenian dan ketelitian.

Terbinalah Taj Mahal.



Lambang kasih dan cinta yang menjadi ikon secara global.Siapa yang tidak tahu tentang kisah Taj Mahal, siapa yang tidak teringin untuk berdiri di lamannya yang indah ketika matahari mengufuk di permukaan air. Siapa yang tidak terpesona dengan kilauan marmar putihnya apabila disinari cahaya.

Memukau.

Lantas, aku dan keluarga telah mengambil keputusan dengan sifat-sifat pengembara. Kami mahu melihat Taj Mahal.

Lalu, kami terbang ke Agra, India.

Letih juga berjalan kaki hendak sampai ke Binaan Makam yang tersohor di dunia ini. Nasib baik ada perkhidmatan keretapi. Gerabak-gerabaknya membawa kami merentasi masa dan menyelami rasa cinta yang sebegitu agung, sesama manusia.




Apabila kami tiba ke Taj Mahal, sememangnya tiada kata yang dapat diucapkan tentang keindahan rekaan dan binaannya.



Oleh kerana cuaca yang panas, dan kami belum Zuhur maka, lawatan kami ke Agra disudahi dengan singkat. Kami akan kembali lagi.



...Agra, India.

It was nice.

~Po.

6 comments:

Amyz! said...

hihihi. kat taman tamadun islam rupanya.. :-p

Anonymous said...

Aku sangat pasti di sekitar Taj Mahal di Agra tiada pokok nibong :)

Aku kecewa kerana yang direplika hanya bangunan semata, sedangkan Taj Mahal sebenar dilengkapi taman charbagh yang indah.

~Ubi

Lily Abdullah said...

Kalaulah dapat melihat yang ori...

:)

Anonymous said...

Tak lah Amyz...betul. Kami ke Agra!

Ubi...ada la pokok Nibung sebatang dua kat Agra.

W.lily..kalaulah...kami dah pergi, anda bila lagi? ha ha ha

abdullahjones said...

ciss!hahaha.

Anonymous said...

cik dollah jones...

cheese? ha ha ha ha