...
Teringat.
Ketika aku berlari naik ke rumah.
Dengan air mata yang bercucuran dan tubuh yang terasa lemah.
Che' sudah menunggu di pintu. Berdiri. Menangis lagi.
...dan Che' menerkam memeluk aku.
Dalam esak tangis dia...Che' ulang-ulang kata-katanya.
"Ayohmu takdok doh..Ayohmu tak dok doh...(Ayah mu sudah tiada..ayahmu sudah tiada...)"
Dan aku ketika itu tidak tahu, haruskah aku menjadi lemah dan tenggelam dalam pelukan Che' yang masih sekadar mampu berdiri menunggu anak-anaknya kembali seorang demi seorang lagi.
Atau;
Aku perlu jadi kuat untuk Che' yang baru kehilangan separuh jiwanya. Teman bersama berdua berpuluh-puluh tahun lamanya. Separuh kehidupannya.
Aku pandang dan aku tenung sekujur tubuh di pembaringan tertutup dengan kain batik lepas di ruang tamu.
Jasad arwah ayah.
Ayah tentunya mahu aku jadi kuat untuk Che', untuk orang lain, untuk keluarga aku, setiap pelusuk alam semesta. Untuk sesiapa sahaja. Tentunya.
Lalu, aku peluk Che' erat dengan kekuatan aku yang baru. Dengan azam dan dengan tekad. Aku hentikan tangisan.
Aku jadi kuat untuk Che'.
Supaya Che' tak perlu berdiri, aku ada di sisi.
Aku ada di sisi.
~po.
2 comments:
masa ni ko umur baper Po?
apa yg membuatkan ko tetiba teringat nih?
Itu pilihan yg betul.
AlFatihah utk arwah ayoh.
Post a Comment