Monday, April 04, 2011

Maaf, aku tersentuh...

...

Membaca suratkhabar hari ini. Aku tersentuh. Dalam.

Anak kecil yang ditahan oleh gurunya di sekolah agama di Perlis. Koma akibat komplikasi jantung dan gegaran otak. Pergi meninggalkan semua kita di sini.

Tujuh tahun.

Di dakwa mencuri wang rakannya berjumlah RM7.

Anak itu telah kehilangan ibu dan dihantar ke asrama sekolah agama untuk mencari ilmu.

Akibat di denda dan disoal-siasat, anak itu lantas tidak sedarkan diri selama 3 hari.

..dan mati.

Aku ingin melihat dari sudut yang lain. Aku cuba untuk tidak melihat dari pandang mata guru itu. Terlalu kejam gambarannya.

Aku membayangkan anak kecil itu yang mungkin nakal. Bukan jahat. Budak berusia 7 tahun tidak layak menjadi jahat.Tidak. Nakal kerana dia telah kehilangan ibu dan mungkin merasa rindu yang teramat sangat.

Mengingati setiap saat.

7 tahun. Dia sudah terlalu mampu untuk merasa rindu.

Mungkin, dia berdoa.

Mungkin.

'Tuhan..aku mahu bertemu ibuku.'

Mungkin...dan Tuhan maha mendengar.

Tuhan makbulkan doanya untuk bertemu dengan ibunya.

Allahuakhbar.

lalu...adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee sedang tenang di sana. Bermain-main di padang syurga. Riang dan ketawa. Bergembira sambil menanti masa untuk membawakan air kepada ibu dan bapanya di mahsyar nanti.

Aku merasa lebih tenang memikirkan itu berbanding berfikir tentang saat akhir yang dilaluinya sebelum di sapa Izrail.

Al-Fatihah buatmu dik.

~po.

No comments: