Sunday, January 30, 2011

Kadangkalanya Tidak Menentu

...


Hari ini mendung seakan hujan mahu turun. Barangkali lebat.

Barangkali tidak.

Kata orang, menjelang Tahun Baru Cina, biasanya cuaca tidak menentu. Adakala hujan, adakala panas dan terang.

Entah benar entahkan sebaliknya. Aku pun tidak tahu.

Kalau dulu, cuti Tahun Baru Cina memang kami tunggu-tunggu sebab biasanya sekolah akan mengadakan perkhemahan untuk badan beruniform.

Ada pernah sekali dalam satu perkhemahan, kami duduk beramai-ramai dalam satu bulatan waktu malam menjelang dan kami menyanyikan lagu dari kumpulan kopratasa. 'Masihkah kau ingat'.

Mula-mula perlahan tetapi menjadi semakin kuat dalam malam yang kian gelap.

Kami ulang-ulang lagu itu entah berapa puluh kali. Bagaikan keset rosak. Berpusing-pusing menyanyikan lirik yang entah apa-apa.

Kami pun tidak tahu kenapa. Mungkin jiwa remaja kami ketika itu tidak menentu. Seperti cuaca juga.

Barangkali.

Yang aku tahu, aku masih ingat saat menyanyikan lagu itu.


...dan aku pun meneruskan kehidupan aku.

aku harap kau pun begitu.
~po.

No comments: