...
Malam tadi Ustaz memulakan kuliahnya dengan bercerita tentang pengalaman beliau di hari siangnya mengadakan penilaian (tasmik) ke atas penghafaz-penghafaz Al-Quran yang difikirkan layak untuk mendapat elaun khas daripada Kerajaan Negeri.
Cerita Ustaz; salah seorang dari penghafaz 30 juzuk Al-Quran adalah seorang yang cacat penglihatan daripada Marang.
Ketika di buat penilaian dan ujian, Hafiz buta dari Marang itu ada membuat beberapa kesilapan bacaan dan hafazan. Ustaz selaku penilai telah membuat beberapa pembetulan secara lembut.
Di akhir tasmik; Hafiz buta tersebut telah berkata kepada ustaz.
"minta maaf ustaz, saya ni 'kurang' nampak sikit, tu yang banyak salah"
Aku pandang ahli jamaah lain sekeliling.
Aku rasa mereka pun sebak macam aku.
Ustaz menyambung; dia menjawap kepada Hafiz buta tersebut.
"Che' Mat lebih untung. Mata tak dapat tengok dunia tapi hati dapat 'lihat' Tuhan."
...
Aku pandang lagi kiri kanan. Semua tertumpu pada ustaz yang diam panjang. Tanpa mengalih pandangan.
Aku rasa semua terdetik di hati sama seperti aku.
"Kalau yang buta dan kurang sempurna berbanding aku dapat menghafaz 30 juzuk Al-Quran..."
Aku?
Aku rasa ada air jernih di kelopak mata aku ketika itu.
~Po.
No comments:
Post a Comment