
...
Hari Khamis, berbuka di Ri-Yaz Heritage, Resort & Spa.Pulau Duyung.
Tempat di mana acara Monsoon Cup diadakan setiap tahun.
Prestij dan ekslusif.
Aku adakan majlis iftar untuk semua kakitangan dan pengurusan Firma.
Kami disajikan:-
Nasi putih, Nasi kerabu + Condiments, Ayam masak gulai, Kari ikan dengan bendi, sambal sotong, stir fried beef with spring onion, black pepper prawn with capsicum, kacang panjang goring belacan, roasted duck breast orange sauce, pan fried fish filler ginger butter sauce, seasonal fresh fruit platter, Assorted French pastries on mirror, selection of kurma jala mas, kole kacang, ondeh-ondeh, puteri mandi, sekaya labu. Bronok lapis, 2 types of pudding in glass, bubur pulut hitam, ABC with condiments, air tebu, jus kurma, air sirap delima, soya bean, air kelapa muda, air mata kucing, air nira, coffee, tea, the tarik, assorted cold cuts platter, tuna & pasta salad, thai mango salad, 3 types of plain salad, 5 types of kerabu, pais ikan tenggiri, 3 types of keropok ikan, sambal belacan, tempoyak, budu, cincalok, sambal kicap, sambal mangga. Ikan sepat masin, ikan pari masin, ikan kurau, telur masin, 1000 island, Italian tartar, French cocktail, vinaigrette, bubor lambok cik samsiah, serunding daging, serunding ayam, roasted lamb leg black pepper sauce, BBQ sauce, kakiage, siya sauce, white radish, wasabi, prawn mee & condiments, ikan bakar air asam, cream of chick peas soup, sup tom yam udang bersantan.
Kami makan, biasa-biasa sahaja. Sepinggan nasi, kuih dan sup serta bubur lambuk.
Selepas iftar, kami pulang.
Hari Jumaat, berbuka di rumah Che’ di Gong Badak.
Meja kayu dan kerusi pelbagai bentuk dan jenis. Terpaksa mengambil kerusi di ruang tamu kerana Che’ bimbang anak aku akan tumbang dengan kerusi lama yang sudah bergoyang.
Tiada kipas, mujurlah mendung seharian. Sejuk sedikit.
Kami disajikan:-
Nasi putih, kuah singgang pedas, ikan kerisi goreng, sambal belacan dan air sirap bandung.
Anak aku menambah sampai empat kali.
Che’ menapau kuah singgang, ikan dan sambal belacan untuk bersahur. Atas permintaan.
…
Tiada bintang dapat aku kelaskan untuk hidangan iftar kami di Hari Jumaat.
Priceless.
Aku tahu, che’ merasa amat gembira melihat kami berbuka dengan penuh selera merasai masakannya.
~Po.
5 comments:
Kuah singgang tu nampak sedap!
Nak ke Ri Yaz tu kena naik boat kan? Aku ingat ari tu aku cruise ngan boat... ada lalu Ri Yaz nie....
Singgang pun aku nampak sedap tu. Mintak resepi kat Che' ko, boleh? kekekeke
DD..tak payah naik bot, lalu ikut Jambatan Sultan Mahmud. Itu hari masa ko naik bot river cruise, aku lambai, ko buat donno ja?
DeLinn..buleh, datang ah rumah Che'! ha ha ha
Haeven...kelihatan sedap singgang itu!!
po, mintak tolong sekolahkan majikan saya dalam hal appresiasi employeenya.
terima kasih.
Post a Comment