
...
Tadi, ketika menunggu anak aku balik dari sekolah. Aku menunggu di dalam kereta.
Aku pasang cd Jay Jay yang terbaru. Album Emosi.
Ketika loceng berdering-deringan, aku lihat ramai budak-budak sekolah berkeliaran. Darjah satu atau pun mungkin darjah dua.
Menghimbau kenangan mengorat aku yang pertama.
Ketika itu, mungkin dalam darjah satu atau dua.Juga.
Cuti sekolah. Aku dengan seorang kawan sedang mencari biji saga. Entah nak buat main apa. Aku lupa.
Datang seorang brader. Jauh lebih tua. Menepuk bahu aku dan kawan aku dan dia duduk bertenggek di atas konkrit longkang yang diterbalikkan menjadi bangku batu.
Dekat rumah aku, ketika itu, ramai pelajar-pelajar perempuan sekolah Arab yang menyewa beramai-ramai. Mungkin, asrama tidak mencukupi. Entah, aku tak tahu.
Brader itu terus bercerita.
Brader itu, aku tak kenal tapi dia memakai topi dan ada sedikit iras-iras wajah Jay Jay yang ketika itu tengah 'top' dengan lagu Rindu Bayangan.Serupa.
"...berputar-putar, memberikan kata-kata."
Ok. Balik kepada cerita.
Brader tadi membuat satu 'plan' mengorat yang dianggap cukup berkesan ketika itu. Meminta tolong aku dan kawan aku itu.
Kami bersetuju.
Aku diarahkan menunggu satu awek sekolah yang akan lalu balik dari sekolah nanti. Mungkin kelas tambahan. Bertudung labuh dan berkulit putih. Budak sekolah Arab. Mungkin tingkatan lima.
Kami menunggu. Lama.
Bila awek itu berjalan balik, Brader itu memberikan isyarat supaya kami memberikan sepucuk surat bersampul belang putih biru.
Kami pun beri surat. Senyum-senyum.
Awek itu pun turut senyum-senyum. Bertanya kepada kami.
"dik..siapa beri surat ni?.."
Ketika itulah, Brader tadi melangkah berjalan dari kejauhan dengan henjut lagak seperti jay jay!
Kami bertempik.
"Abang yang tu bagi kak! yang tuuu!" sambil tunjuk kepada brader tu.
Selesai semua.
Petang, brader itu datang jumpa kami dan kami diberikan cokelat sorang sebiji.
Entah, mungkin menjadi taktik mengoratnya tadi.
Notakaki- Aksi brader itu keluar dari persembunyian dan berjalan selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku dari kejauhan itu adalah sebahagian daripada 'plan' Brader itu.Kami diarahkan untuk menunjuk ke arahnya.Mungkin, senang cerita untuk kenal muka.
Bila aku dewasa, tak ada pulak budak kecik yang mahu mengikut 'plan' yang aku buat sama seperti brader tadi.
~Po.
5 comments:
Hahaha. Mengoratkan utk brader. Bukan utk diri sendiri. :-p
next time citer la bab ngorat utk diri seniri pulak..
Cayalah PO! Sebenarnya ko yang hebat!
Cuba ko tny anak ko, mesti ada "brader" yang suh buat camtu jugak! Ekekekke...
Dejavu gitus!
*senyum*
kengan yang indah untuk dikongsi.
Seolah-olah aku pun pernah mengalami yang sama. Watak yang sama dengan anda.
Post a Comment