Sunday, January 25, 2009

Desir Angin.


...

Malam tadi.Sunyi.

Sunyi sekali.Malam tadi, hujan lagi.Kata orang, selepas Hari Raya Cina nanti, tiada hujan.Kata orang.

Kebiasaannya, begitulah.

Anak-anak sudah tidur.Kelelahan.Dalam kegelapan.

Aku mencapai gitar.Memetik nota minor berulang-ulang.
Kadang-kadang melaju, kadang-kadang perlahan.

Malangnya, tiada nada yang kedengaran. Langsung tiada.

Aku cuba bernyanyi. Tetapi, tiada suara yang keluar dari hati.
Hanya nyanyian diam.

Aku cuba mengetuk-ngetuk kotak memori.

"fate is the ultimate judgement
life is the sentence,
"

Aku meletakkan semula gitar tong di atas kaki besi. Sebelah tv.
Aku beredar ke kamar.Perlahan-lahan.

dan aku mendengar bisikan...

Itu bukan lagu.
Itu bukan nada.

Itu cuma desir angin di luar jendela.

Ia akan hilang, tak lama.
Aku percaya.

~po.

7 comments:

Radhi Dahlan said...

Tak sangka ko main gitar PO.

Anonymous said...

Main jugak kadang-kadang didie. Biasanya kalau petang-petang atau malam-malam.

pekena satu dua lagu syok sendiri.

kalau depan anak-anak, riuh diorang tepuk. Kalau main kat stadium..gempak tuh..ha ha ha

ala...stress reliever aje tu.

K i a H R o N g G e n G said...

po..gorengkan satu lagu utk mariam ekkekeekk

Anonymous said...

buleh maryam..ko nak lagu apa? enjit-enjit semut?

Radhi Dahlan said...

Wakakakah... tak menahan aku ko nyer imagination kat stadium tu, gelak besar aku kat sini...

Tapi kalo main lagu enjit2 semut kat stadium... apa jadi ek?!
Wakkakaka

Honeytar said...

Cuba nyanyi lagu "Setelah Hujan"
jika tidak keberatan

Dia balik kumpulan awan
Yang berarak
Ada cahaya yang terpancar
Mencelahi warna yang tadinya kelabu
Mega mendung rinduku

Kita nyanyi setelah hujan
Kita mimpi selepas hujan

Dan dari cahaya
Menyuluh ke bumi
Sambil melukis pelangi
Pertumbuhan hijau
Membuka matanya
Dan kehidupan menari

Kita nyanyi setelah hujan
Kita mimpi selepas hujan

Dan aku cinta padamu

Angah said...

biarkan desir angin itu berlalu pergi bersama malam..

jauh..

jauh..

dan moga desir angin itu tidak kembali lagi..

dan moga malam-malam kau kembali ke asal seperti sebelum angin itu berdesir..

kembali berlagu..

kembali bernada..