Thursday, August 07, 2008

Tiga Bulan Genap

...

Tv berkempen. Berhentilah merokok tu.

'Nasib baik Abah dah berhenti kan' Kakak.

'ha'ah' aku.

Aku hitung-hitung. Aku kira-kira.

Sudah genap 3 bulan.

Bebas dari nikotin (rokok) dan bebas juga dari kefein (nescafe & kopi)

Syukur padaMu Tuhan.

walau masih ada otot-otot menegang di dada. walau masih ada pening-pening kalau tak makan lama sikit. walau masih ada debar-debar pada ketika-ketika. walau masih ada bimbang-bimbang yang menyeramsejukkan. walau masih ada nafas-nafas yang seakan-akan pendek.

Syukur padaMu Tuhan.

InsyaAllah aku akan bertahan.

segala-galanya hidayahMu dan kehidupan ini berubah demi mencari keredhaanMu.

~Po.

6 comments:

Kaktiny said...

ALHAMDULILLAH.. semoga terus kekal begitu dan masih kuat dan semangat yang jitu.. TERUSKAN..

Lily Abdullah said...

Alhamdulillah..mudah-mudah terus kekal.

Saya ditemukan dengan lelaki penagih kafien. Aiseh...dengan saya sekali turut ketagihan.

Huh!

ubisetela said...

Teruskan berjuang Po.

Aku masih dengan kafeinku, cuma tidak seakrab dulu :)

tasekM said...

tabik kamu

SHIMI said...

tahniah. Kmu berjaya keluar dari sumpahan itu. Aku ni tak tau la bila

jiGOMorrison said...

Bro, alhamdulillah!

Ketagihan nikotina sudah aku tinggalkan lebih dari 60 bulan. Cuma kafein, masih kerap seperti dulu.

Setakat ini masih steady lagi, alhamdulillah!