Aku rasa dah lama sangat aku berhenti merokok.
Puasa pun lambat lagi.
Tak ada idea nak tulis apa, sebenarnya.
...
Masih aku ingat dulu.Ketika itu aku baru di Tingkatan dua atau tiga.Sudah lupa.Sudah tua.
Pagi Jumaat. Hari badan beruniform.Terpaksa datang kalau tak mahu dipotong markah koko, nak masuk Universiti senang.
Ah Meng mekanik basikal dan motorsikal. Dia dah lama tinggalkan sekolah. Dia tak masuk Universiti pun. Mak dia ada bas sekolah angkut budak-budak pagi petang.Kita panggil bas mak dia, bas Mek aje.
Tapi, dia Pengakap Kelana. Hebat dia.Dia datang ke sekolah untuk mengajar budak-budak anak serigala.Kami pun panggil dia dengan nama Amin aje.
Satu hari. Dia menyebabkan kami ternganga.
Hebat Ah Meng ni.
Dia bawa ini ke sekolah kami.

Dulu. Ini adalah pujaan setiap teruna.
Hebat dia.
~Po.
2 comments:
sapa kata masuk U jer boleh berjaya kan?.. yang tak masuk U pun lagiii ramai yang hebat2.. cam Boon Siew.. JUTAWAN tuh..
Ada sorang kawan.. habis SPM terus keje.. (masa aku tgh 'kalut' exam STPM dan 'gah' kat U.. dia 'kalut' kerja dan 'gah' kumpul duit..)
Bila aku kuar U dan 'tercari-cari' kerja - dia 'tercari-cari' kereta apa nak beli..
Bila aku baru merasa gaji pertama.. dia dah merasa 'masuk dan duduk di rumah sendiri'..
dan hebatkan aku yang MASUK U nih?.. (dan sehingga kini slip gaji aku masih bersih tanpa sebarang potongan.. TANDANYA?.. AKU TAKDAK HARTA SENDIRI LAGI!!! DOK MENUMPANG HARTA LAKI AKU JER!!!.. kete, umah, hatta loan pun.. semua laki aku yang punya.. waaaaa waaaa waaaa... TENSEN!!!)
dan motor itu?.. mmg pojaan teruna2.. tanpa di sangkal lagi..
Hayakallah,
Tahniah sebab dah berhenti merokok!
Post a Comment