Wednesday, April 23, 2008

a new beginning

...

tiit tiit

Nokia E90 berbunyi dua kali. Nada dering SMS yang biasa. Standard Nokia. Tiada lagu-lagu macam dulu.

"are u okay today?" catatnya.

aku membuka flip lantas menaip dengan dua ibu jari. Keypadnya tersangat kecil.

"i'm ok.fighting.recovering"

Sambil aku menyandar di kerusi ergonomik dari fabrik hitam berbelang garis kuning halus.

Sunyi. Tiada sesiapa di dalam bilik ini melainkan aku, Tuhan, malaikat dan mungkin 'dia'.

Mungkin. Aku tak tahu.

It's not for me to see. Hijab ke atas semua kecuali mereka-mereka yang dipilihNya.

Ruang di depan mataku masih berpusing. Pening. Dadaku terasa berat, seakan aku di tahan dari menarik nafas dengan aman.

ketakutan, kengerian dan kebimbangan yang bermacam sudah aku lawan dan aku buang. Kalau adapun, sekadar seriau yang sekali sekal menyinggah di tengkuk dan sejuk di kakiku.

Dadaku disebelah kanan terasa sakit. Ngilu.

Aku teringat pada sajak Michael Mack "Small Pain In My Chest" tetapi di dalam sajak itu, that soldier boy died...

And, quietly, the boy died from that small pain in his chest.

I don't recall what happened then. I think I must have cried;
I put my arms around him and I pulled him to my side
And, as I held him to me, I could feel our wounds were pressed
The large one in my heart against the small one in his chest.


No. I will fight.

You can call this illness whatever you may.

stress
panic attack
thyroid
high cholestrol level
gastrict
anxiety attack

gangguan iblis dan syaitan

whatever it is...

i'm fighting it.

Tiit Tiit

Nokia E90 berbunyi lagi. Dua kali.

Nada dering SMS yang biasa. Standard Nokia. Tiada lagu-lagu macam dulu kerana aku tak mahu, ketika aku cuba untuk khusyuk dalam solat, kumpulan Ungu menyanyi-nyanyi 'Andai Ku tahu'.

It scares the hell out of me.

Dulu.Sebelum aku kembali mengenal diri sendiri.

"i love you " catatnya. Mungkin antara sibuk-sibuk membuat posting cheques atau kerja-kerja back office di bank.

"i love you too" balasku.

Oh..betapa aku mencintai dia. Di sini, di sana nanti. Selamanya.

~PO

4 comments:

Anonymous said...

Beep beep..

One message received.

'It is an ill wind that blows nobody good'.

Shall patience lead thee. Aminn..

Mazarina said...

hohoohho..jiwang yer..

sinaganaga said...

Beep beep.
I love you toooo! *ahaks*

Lily Abdullah said...

Beep Beep
"I miss your new entry" :)