Saturday, December 31, 2005

Seruan…



Pagi tadi. Di subuh hari. Aku sudah bergerak meninggalkan rumah bersama isteri.

Membelah hujan pagi menuju ke rumah kakak aku.

Sampai. Sumbat.Angkut. Bergerak semula.

Setengah jam. Sampai di lapangan terbang.

Daftar. Check-in. Masukkan beg-beg ke perut pesawat.

Ada pengumuman di corong pembesar suara meminta semua berkumpul.

Doa di bacakan.

Azan dialunkan. Berkumandang.

Abang ipar aku dan kakak aku mula berpelukan dengan anak-anak dia.Dengan mak aku. Dengan semua yang mengiringi mereka.

Air mata bercucuran.

Mereka berangkat menyahut seruan.

LabaikAllah hummalabaiq! Labbaikala syari kala kala baiq!....

Semua ditinggalkan.



Kakak aku tak pernah meninggalkan anak-anaknya, malah dia tidak pernah meninggalkan Semenanjung Tanah Malaysia. Apatah lagi menaiki burung besi yang gagah membelah awan.

Dia tidak pernah ke mana-mana.

Kini dia sedang menuju beribu batu dari rumahnya sendiri.

Aku teringat kepada satu kisah yang aku kurang pasti siapa pengarangnya, siapa penciptanya.



Seorang ibu sedang memerhatikan anak perempuannya bermain di taman sambil dia duduk di atas bangku memerhatikan dengan senyuman.

Di sebelahnya duduk seorang wanita yang juga memerhatikan anaknya bermain riang di taman.

Setelah beberapa lama, ibu tadi melihat jam dan memanggil anak perempuannya.

“sayang! Hari dah petang, jom pulang!..”

Si anak menoleh dan menjawab “kejap lagi Bu, lima minit lagi..” sambil terus bermain di atas buaian.

Si ibu tersenyum lagi dan menjawab “ okay..”

Setelah beberapa lama si ibu kembali memanggil anaknya untuk pulang.

Si anak yang sedang asyik bermain menjawab “sekejap aje lagi Bu, lima minit lagi..”

Si ibu tetap tersenyum dan mengiyakan permintaan anaknya.

Begitu jugalah berlaku beberapa lama kemudian sehingga mengundang kehairanan wanita yang sedang duduk di sisinya.

“Maafkan saya,nampaknya awak seorang emak yang penyabar.” Kata wanita tersebut.

Si ibu tersenyum seraya menjawab.

“dulu, saya tak ada masa dengan anak-anak. Saya wanita bekerjaya dan masa saya banyak dihabiskan dengan kerja dan mencari kesenangan. Bagi saya masa itu terlalu berharga untuk dibuang. Semuanya perlu mengikut jadual, mengikut aturan.Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan pengasuh berbanding dengan saya.."

Dia menyambung.

“dulu, anak-anak takutkan saya kerana saya garang dan mereka harus mengikut setiap kata saya.”

Dia terdiam seketika dan melemparkan pandangannya jauh. Jauh ke hadapan.

“suatu hari, anak lelaki saya sedang bermain basikal di dalam taman perumahan kami dan apabila hari sudah petang, saya memanggil dia masuk.Sebagai anak yang patuh dan takutkan setiap arahan saya, dia mula berkayuh dengan cepat kerana takut nanti dimarahi…”

Dengan sebak, dia menghabiskan cerita.

“dia dilanggar oleh kenderaan ketika melintas jalan kerana bagi dia, dia perlu cepat dan perlu patuh setiap arahan saya. Dia meletakkan perkara-perkara lain dibelakangnya.”

“dia meninggal di situ juga. Di depan mata saya…”

“kini, saya sebenarnya tidak membazirkan masa lima minit saya tetapi saya mendapat lebihan lima minit untuk melihat anak saya bermain”

Anak perempuannya menghampiri dan si ibu menyeka air matanya serta mengelus rambut anak perempuannya.

“jom balik Bu..Nani dah puas main..”

Si ibu melemparkan sekelumit senyuman kepada wanita tadi yang tidak sempat mencari kata-kata lalu bangkit memimpin tangan anaknya. Berlalu.

….

Aku melihat kasihnya ibu tadi dan aku pasti masa yang dihabiskan dalam membesarkan anak-anaknya akan terbayang tanpa henti sepanjang perjalanan beliau ke tanah suci.

~Po.

u

6 comments:

Anonymous said...

ghaz..

bukan cerita aku. Aku terbaca 'somewhere' tapi bahan bacaan aku itu juga tidak menyatakan nama pengarangnya.

Mungkin, salah satu dari kisah-kisah rakyat yang dipaparkan untuk iqtibar kita semua.

takdenama said...

tapi aku tanya mak aku masa dia pergi haji.. dia kata dia tak ingat pun anak-anak dia.

mungkin kerana khusyuknya dia masa mengerjakan haji.

AuntyN said...

InsyaAllah, kakak dikurniakan Haji Mabrur Po.

Po bila nak pi pulak?

Anonymous said...

i love ur story.. touching.. for those yg nak tgk movie pasal keibubapaan, bleh tgk citer "CHEAPER BY THE DOZEN 2" di pawagam sekarang.. thanx Po.

Angah said...

sedihnya cite tu.. i wonder if it's a true story..

Anonymous said...

terharu. masih teringat tangisan kami waktu ayah & mak tunaikan haji di musim haji yang lalu.
mak pun spt kakak po juga. tak pernah tinggalkan kami.