Monday, July 18, 2005

Jernih.



Kadang-kadang, pabila rindu datang bertandang. Aku laungkan nada-nada memuji namaMu, Tuhan.
Maha Suci, Syukur yang dalam, Tiada yang selain, Maha Agung Mu Tuhan.

Dalam jernih air yang mengalir, dalam suram.
Bertafakur.Melihat alam.Mengkaji kejadian.

Selamatkah anak-anak aku nanti?

Dentuman demi dentuman di kiri dan kanan. Tebing Barat, Yala, Moscow, Kabul,Kota London,Grozny, Bali…sekadar mengulang rantaian kecelakaan.Kota-kota yang malang.

Kekejaman, kemanusiaan, kesombongan dan perjuangan. Bercampur baur. Berselang-selang.

Berita kematian. Bagai satu ubat.Pahit.Mesti ditelan walau apa jua kenyataan.

Akidah.
Sesat dan mengaku tuhan.Membina kerajaan di atas kayangan.

Arak, judi dan zina. Mainan.

Selamatkah anak-anak aku nanti?

Anak-anak kecil terlepas dari genggaman. Jatuh dan diragut. Disambar. Terbiar.

Penindasan, pembohongan. Hak untuk hidup dinafikan. Senang.Ringkas.

Hanyut dalam hanyir kebusukan. Hanyut dalam harum kemodenan.

Maruah. Itu hanya kata-kata Hang Tuah. Sejarah.


Selamatkah anak-anak kita nanti?
Di mana lagi untuk kita berdiri?
Kalau bukan merah bumi ini.
Kalau bukan dari jernihnya air yang mengalir.
Dari pipi-pipi
Mereka yang sedar dan memahami.

Anak-anakku……
Aku pasrah dan resah

Aku tak mampu membaca masa depanmu sayang...

~po.

1 comment:

Anonymous said...

Tu la yg memenuhi ruang doa terutama selepas solat & ketika nak tido. Dugaan pasti datang, cuma bentuk & baunya belum pasti. Mudah2an sentiasa dlm golongan yg benar & kuat disisiNya.